Terkini

Pulau Pinang terima penghantaran vaksin berganda

GEORGETOWN – Pulau Pinang akan menerima jumlah penghantaran vaksin berganda berbanding pada bulan Jun tahun ini sekali gus membolehkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) beroperasi sepenuhnya di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan Covid-19 yang berlangsung pada Jumaat.

Menurutnya, dengan ketetapan itu apa yang diharapkan dengan bekalan berkaitan, ia akan membolehkan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tersenarai termasuk PPV lapangan membabitkan beberapa syarikat multinasional yang masih menunggu lampu hijau dapat dibuka serta beroperasi sepenuhnya.

“Kini, sebanyak 11 PPV awam telah beroperasi termasuk di SPICE Arena dan Universiti Sains Malaysia (USM), PPV khas bagi barisan hadapan ekonomi, tujuh hospital swasta dan 19 klinik swasta.

“Secara keseluruhan, kadar vaksinasi harian bagi negeri Pulau Pinang kini adalah melebihi sasaran ditetapkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berlandaskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dibentangkan sebelum ini dengan mensasarkan bahawa imuniti kelompok dapat dicapai pada Oktober 2021,” katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Kon Yeow berkata, menerusi PICK sasaran vaksinasi yang ditetapkan oleh MOSTI kepada Pulau Pinang bagi bulan ini adalah berjumlah 6,544 dos sehari.

Bagaimanapun katanya, hasil usaha sama kerajaan negeri bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan pihak-pihak berkaitan, negeri ini telah mencapai 14,422 suntikan pada 24 Jun dengan beberapa PPV mencatatkan tahap melebihi kapasiti maksimum ditetapkan.

“Secara keseluruhan, sehingga 24 Jun, laman vaksincovid.gov.my melaporkan bahawa prestasi vaksinasi Pulau Pinang adalah pada kadar 13.91 peratus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: