Terkini

PKP 3.0: Keputusan lanjutan diketahui hari ini

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bakal tamat 28 jun ini dilanjutkan atau sebaliknya bakal diketahui hari ini.

Status perkara itu dipercayai akan diketahui melalui pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walaupun berita palsu berkaitan lanjutan PKP 3.0 tular pada Sabtu, namun situasi dan keadaan semasa COVID-19 berdasarkan nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilihat tidak memungkinkan negara beralih ke fasa dua.

Selain itu, penilaian dibuat berdasarkan kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) perlu mencapai paras 75 peratus ke bawah di samping 10 peratus populasi telah divaksin.

Sekiranya PKP 3.0 disambung 14 hari lagi bermakna tempoh itu akan berakhir pada 12 Julai namun perlu diingatkan seminggu seterusnya umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ini membuatkan kerajaan berkemungkinan besar akan memanjangkan tempoh PKP sehingga sambutan perayaan itu bagi mengelakkan masyarakat melakukan aktiviti ziarah-menziarahi sekaligus mencetus kluster baharu seperti mana Hari Raya Aildilfitri.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan terdapat sebanyak 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri (58 kluster) dan Hari Gawai (dua kluster)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: