Terkini

Sultan Selangor perkenan pembukaan DUN 23 Ogos

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 Ogos ini, kata Speaker DUN, Ng Suee Lim.

“Saya sudah menghantar surat kepada Sultan Selangor, dengan mencadangkan tarikh pembukaan DUN Selangor pada 23 Ogos. Perkara ini juga adalah hasil perbincangan bersama Menteri Besar, Amirudin Shari,” katanya.

Beliau berkata, surat itu dihantar kepada Sultan Selangor pada 23 Jun lalu.

Suee Lim berkata, berkata Sultan Selangor juga berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan sidang DUN pada tarikh itu.

Katanya, Sultan Sharafuddin melalui Setiausaha Sulit, Mohamad Munir Bani menghantar surat jawapan menyatakan baginda berkenan untuk pembukaan DUN pada 23 Ogos ini.

“Persidangan pertama DUN Selangor penggal ke-14 bakal berlangsung bagi tempoh 23 Ogos sehingga 3 September,” katanya.

Beliau berkata, pada pembukaan persidangan itu Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan titah ucapan dan akan dibahaskan ADUN pada hari kedua.

Katanya, bagaimanapun ia bergantung kepada situasi semasa darurat yang berakhir 1 Ogos.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: