Politik

Ku Li lancar petisyen desak segerakan sidang Parlimen

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengajak rakyat di negara ini untuk menandatangani petisyen bagi mendesak supaya sidang Parlimen diadakan segera atau sebelum darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Jelas veteran UMNO itu, rakyat perlu bangkit menyokong petisyen berkenaan kerana ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan Parlimen bersidang segera.

Beliau berkata, kewajaran petisyen itu dibuat adalah bagi membolehkan segala masalah berkaitan Covid-19, pengisytiharan darurat, ekonomi rakyat dan pelbagai lagi dapat dibahas di Dewan Rakyat.

“Kita mahu Parlimen bersidang sebelum tamatnya darurat pada 1 Ogos. Jangan kita tunggu sehingga bulan Oktober, lewat daripada Oktober itu bukan dia (tidak seharusnya berlaku).

“Ini (jika darurat dilanjutkan) bukan lagi soal hendak kepada kuasa, hendak kepada kawal Covid-19 tetapi hendak kawal benda lain yang tidak ada sangkut paut dengan kedudukan rakyat di Malaysia ini,” katanya ketika melancarkan Petisyen Rakyat Desak Segerakan Sidang Parlimen Sebelum Tamat Darurat menerusi Facebooknya pada Isnin.

Menurut Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li itu, sidang Parlimen adalah pentas terbaik untuk membahaskan segala usul berkaitan krisis yang melanda negara ketika ini kerana jalan penyelesaian segera perlu diambil.

Katanya, melalui sidang Parlimen itu juga membolehkan semak dan imbang dilakukan kerana dakwanya banyak kegagalan berlaku sepanjang tempoh darurat dilaksanakan.


Tengku Razaleigh Lancar Petisyen Rakyat Desak Segerakan Sidang Parlimen


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: