Terkini

Bantuan ‘one-off’ RM3,000 kepada pengusaha taska, tadika dan operator sukan

PETALING JAYA – Lebih 4,400 pengusaha taska dan 8,000 pengusaha tadika swasta yang diarah tutup sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 akan menerima Bantuan Khas Taska sebanyak RM3,000.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan pakej bantuan itu berkata pengusaha industri dan operator arena sukan yang hanya boleh beroperasi semula seawal Fasa 3 Program Pemulihan Negara (PPN) juga menerima bantuan “one-off” RM3,000.

Bantuan lain diumumkan Perdana Menteri bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion seperti berikut:

  • RM100 juta pembiayaan sebagai sokongan bantuan kewangan lebih 8,000 penggiat seni, industri seni dan kreatif tempatan.
  • Bantuan kewangan RM1,000 kepada semua pengusaha kantin sekolah berdaftar.
  • Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) sebagai inisiatif menyeluruh dengan peruntukan RM200 juta untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKSdan RM100 juta untuk PKS.
  • Elaun Pekerja Cacat RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, babit RM30 juta untuk 20,000 orang OKU.
  • Program Jaringan Inisiatif Umum dilaksana beri bantuan asas modal perniagaan kepada golongan OKU serta gelandangan.
  • Bantuan “one-off” RM3,000 buat lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong atau “kick start” apabila negara beralih ke Fasa 3 PPN.
  • Permohonan penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan.
  • MARA melanjutkan pemberian diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan lagi iaitu sehingga Disember 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: