Terkini

PKP wajar disambung jika itu langkah terbaik

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 wajar disambung jika itu langkah terbaik, namun kerajaan perlu mengambil tindakan adil dan segera untuk menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, kerajaan disaran mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat berikutan negara telah mencatatkan 728,462 jumlah kes Covid-19 dengan 60,646 kes aktif.

“Sedihnya, bilangan rakyat yang sudah divaksin setakat dua hari lepas hanyalah 6.8 juta orang.

“Daripada jumlah itu, 4,924,334 orang iaitu (15.1 peratus) telah mendapatkan suntikan dos pertama, dan 1,898,770 lagi (5.8 peratus) lengkap dengan kedua-dua dos,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir Isnin tidak akan ditamatkan malah diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Agus berkata, kerajaan juga perlu melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dengan adil kepada semua orang.

Selain itu, menurutnya, SOP perlu standard dan ditetapkan dengan jelas supaya tidak mengelirukan penguat kuasa.

“Jangan lagi ada SOP kayangan dan marhaen. Kita tahu ada kes orang kayangan melanggar SOP, proses mendendanya, jika ada, mengambil masa yang lama.

“Hapuskan semua SOP yang mengelirukan penguat kuasa. Begitu juga dengan dendanya, perlu jelas dan adil,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan juga disaran agar segerakan bantuan kepada rakyat yang terkesan.

Jelasnya, ia penting bagi memastikan mereka tidak tertekan sehingga mengambil keputusan di luar kewarasan mereka.

“Kita tahukan kadar orang yang terjun bangunan dan jambatan sekarang? Apa lagi faktornya jika tidak kerana tekanan perasaan dan kewangan.

“Kelima, jaga perut rakyat. Ini paling penting.

“Rakyat tidak ke jalanan jika sekadar marah dan kecewa dengan kerajaan. Tetapi sekali perut mereka lapar, inilah yang mendorong kebangkitan mereka,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: