Terkini

Selangor tingkat pemberian 130,000 dos sehari mulai Julai

TANJONG KARANG – Selangor akan meningkatkan pemberian sebanyak 130,000 dos suntikan vaksin Covid-19 sehari pada Julai depan berbanding hanya 40,000 dos suntikan sehari sebelum ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu telah dipersetujui antara beliau dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, peningkatan pemberian vaksin di Selangor pada Julai disebabkan keputusan kerajaan Persekutuan membuka PPV berskala besar.

“Lebih banyak PPV dibuka antaranya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dan PPV lain termasuk di Setia City Convention Centre,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tanjong Karang di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Khairy turut menolak dakwaan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud kononnya negeri itu tidak menerima vaksin dan tidak mempunyai bekalan mencukupi.

“Saya tak pasti Exco dapat angka dari mana sebab kita hendak hantar lebih banyak vaksin di Selangor tetapi bergantung kepada kapasiti mereka.

“Dalam perjumpaan saya bersama Amirudin pada minggu lalu, kerajaan negeri Selangor menyatakan kapasiti di Selangor pada Jun hanya 40,000 dos suntikan sahaja setiap hari,” katanya.

Khairy berkata, berdasarkan data pemberian vaksin sebanyak 1.6 juta dos vaksin jenis iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca telah disalurkan di Selangor.

“Kita bentangkan di sini supaya rakyat tahu kita dah hantar bekalan vaksin di Selangor,” katanya.

Mariah sebelum ini dilaporkan mendakwa beberapa PPV di Selangor terpaksa berhenti operasi susulan kekurangan bekalan dos vaksin Covid-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: