Terkini

Permohonan rayuan BPR dibuka sehingga Rabu ini

KUALA LUMPUR: Permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) masih boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawangnya https://bpr.hasil.gov.my/ sehingga Rabu ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkata rayuan sama juga boleh dibuat di kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan, pejabat satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) menerusi janji temu melalui portal rasmi BPR, berdasarkan hari bekerja di setiap negeri antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Perkhidmatan ini selaras dengan pengumuman perlanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara oleh kerajaan, semalam.

“Selain itu, pelanggan juga boleh menyelesaikan urusan dengan menggunakan kemudahan Kotak Serahan di pejabat cawangan, pusat satelit, PKH serta di pejabat daerah di Sabah dan Sarawak berdasarkan waktu operasi pejabat berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LHDN turut memaklumkan, kaunter duti setem hanya akan beroperasi pada hari bekerja di setiap negeri melalui janji temu, antara 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Janji temu dibuka kepada pelanggan dan pembayar duti individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) sahaja.

“Pembayar duti selain individu (Ejen STAMPS) diwajibkan untuk mengemukakan permohonan dan bayaran secara dalam talian melalui STAMPS . Janji temu Ejen STAMPS di kaunter hanya untuk kes tertentu,” katanya.

Semua permohonan janji temu untuk urusan duti setem boleh dilakukan melalui e-mel atau panggilan telefon kepada PSC dengan merujuk senarai nombor perhubungan dan e-mel di laman sesawang rasminya.

Dalam kenyataan sama, kaunter pusat bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat.

Ia hanya bagi urusan cukai pegangan, seniman kembara, cukai keuntungan harta tanah oleh pemeroleh dan kompaun iaitu hanya menerima bayaran tunai atau cek.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara) serta di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: