Kuala Lumpur – Yayasan Ihsan Rakyat yang diterajui oleh Datuk Hajjah Rozana Rahmat hari ini meinfaqkan barangan keperluaan asas seperti beras, telur, tepung, minyak masak, gula dan lain-lain kepada beberapa penerima di PPR Desa Rejang dan PPR Seri Semarak.
Yayasan telah menyumbangkan 50 pek keperluan harian berupa 10 beg di PPR Desa Rejang dan 40 beg di PPR Seri Semarak.

Penerima bantuan merupakan golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan.
“Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan bebanan sepanjang tempoh PKPD” katanya.
Katanya lagi, pihak Yayasan amat berbesar hati jika diberi kelonggaran pergerakan untuk pasukan NGO yang ingin menyampaikan sumbangan ketika tempoh PKPD ini.

Hampir seluruh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Julai hingga 16 Julai ini.
Manakala bagi Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju, Flat Seksyen 1 Wangsa Maju, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2) , Flat Sri Sabah, Kampung Puah.
