Terkini

Sewa kantin, premis di sekolah dikecualikan selama enam bulan

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi pengecualian sewaan kantin dan premis/ruang tersebut bagi tempoh enam bulan mulai Julai 2021 sehingga Disember 2021.

KPM berkata, penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis/ruang (kedai buku/koperasi/kedai dobi/vending machine) di sekolah bawah KPM secara automatik turut diberikan untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.

“KPM prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan, khususnya kontraktorperkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di institusi bawah KPM yang terjejas berikutan penutupan institusi tersebut kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Justeru menurutnya, tidak timbul isu kontraktor perlu memotong gaji pekerja perkhidmatan KBK kerana pembayaran kepada kontraktor akan dibuat sepenuhnya sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak.

Bagi perkhidmatan BMB pula, kementerian akan melanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor terlibat dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP.

“KPM yakin inisiatif berkenaan akan membantu meringankan beban kewangan penyelia perkhidmatan di institut di bawah KPM serta pekerja terlibat akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: