Terkini

KPDNHEP gesa percepat vaksin kepada sektor perdagangan

Kuala Lumpur – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa kerajaan menyegerakan pemberian vaksin Covid-19 kepada mereka yang terlibat dalam sektor Perdagangan Pengedaran dan Peruncitan bagi membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia wajar kerana sektor itu penting sebagai penggerak ekonomi dan perdagangan domestik.

Menurut beliau, semua pemain industri menyegerakan program imunisasi itu.

“Industri ini sebagai enjin ekonomi negara dan risiko dihadapi kerana mereka sentiasa berinteraksi dan menyiapkan logistik yang digunakan oleh pengguna.

“Risiko jangkitan yang dihadapi oleh tenaga kerja sektor ini setiap hari adalah sangat serius dan boleh membantutkan usaha kerajaan untuk mencapai tahap imuniti kelompok yang dikehendaki dalam memacu kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam masa sama, kolaborasi strategik antara Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPDNHEP diyakini dapat memastikan semua yang terlibat mendapat suntikan vaksin secepat mungkin.

Tambah Alexander, KPDNHEP mencadangkan program imunisasi ini bermula Julai ini sebagai persiapan pembukaan semula pelbagai sektor hadapan ekonomi dalam fasa PPN selanjutnya.

Jelasnya, berdasarkan data dan statistik yang diperoleh KKM, sektor perdagangan domestik mengekalkan prestasi cemerlang dalam membendung penyebaran jangkitan Covid-19, iaitu hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan kluster manakala tahap pematuhan SOP adalah sebanyak 98.54 peratus.

“Kementerian berpendapat adalah tidak adil bagi mereka yang terlibat dalam sektor ini untuk menunggu lebih lama program vaksinasi yang dikhaskan buat mereka.

“Sektor peruncitan sebagai salah satu perkhidmatan perlu, beroperasi setiap hari sepanjang tempoh Fasa Satu PPN bagi memastikan orang ramai boleh mendapatkan bekalan makanan dan minuman tanpa perlu melakukan pembelian panik dan berlebihan.

“Walaupun kluster yang wujud dari sektor peruncitan adalah amat rendah, pekerja sektor peruncitan khususnya pasaraya berhadapan risiko yang tinggi terhadap jangkitan Covid-19 kerana sentiasa bersemuka dengan ramai dan pelbagai kategori pengguna setiap hari,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, sektor perdagangan dalam negeri juga memainkan peranan yang penting sebagai penggerak ekonomi domestik sekaligus memastikan kesejahteraan golongan B40 dan M40 terbela.

“Kementerian menyokong dan yakin dengan mempercepatkan pemberian vaksin kepada pemain industri, pembukaan semula ekonomi domestik ini akan dapat dilaksanakan dengan kadar segera.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: