Terkini

Malaysia bakal terima 1 juta dos Pfizer esok

SHAH ALAM – Malaysia akan menerima satu juta dos vaksin Covid-19 Pfizer disumbangkan Amerika Syarikat (AS), pada Isnin.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawat saya, (Setiausaha Negara) Antony Blinken dan Kerajaan AS atas sumbangan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hishammuddin berkata, Malaysia juga amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bernilai AS$250,000.

“Malaysia amat menghargai sokongan AS setakat ini dan berharap hubungan yang erat serta mesra antara kedua-dua negara akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Malaysia menyambut baik pengumuman Presiden AS, Joe Biden pada 3 Jun mengenai sokongan untuk mengenepikan secara sementara perlindungan Harta intelek atau Intellectual Property (IP) bagi vaksin-vaksin Covid-19.

“Seperti yang telah disampaikan menerusi surat saya kepada Antony Blinken pada 4 Jun lalu, Malaysia menyambut baik pengumuman Biden ini.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menerusi ucapannya di Persidangan Antarabangsa Nikkei pada Mei 2021, mengumumkan sokongan Malaysia untuk mengenepikan IP bagi vaksin Covid-19,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: