Politik

PM stabil, dibenarkan bertugas semasa rawatan

Putrajaya – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan di hospital akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” katanya pada Ahad.

Pada 30 Jun, beliau dimasukkan ke hospital di ibu negara bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea.

Menurut kenyataan tersebut, Muhyiddin dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: