SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Amerika Syarikat (AS) atas sumbangan sejuta dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNtech.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kemaskini Facebook Istana Negara pada Selasa.
Dalam kenyataan sama, Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat bersama-sama berdoa agar negara dijauhi daripada musibah dan pandemik Covid-19.
