Terkini

Tidak ada sebab EU mendiskriminasi vaksin AstraZeneca – KJ

KUALA LUMPUR – Kesatuan Eropah (EU) tidak seharusnya mendiskriminasi soal dari mana vaksin Covid-19 AstraZeneca dikeluarkan, kerana formula vaksin yang sama digunakan di semua fasiliti pembuatannya, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Susulan laporan bahawa EU akan hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca yang diluluskan oleh European Medicines Agency, Khairy berkata beliau akan meminta AstraZeneca memaklumkan kepada EU bahawa semua fasiliti pengeluarannnya melaksanakan Amalan Pembuatan Baik (GMP).

“Jadi tidak ada sebab sama sekali bagi EU mendiskriminasi antara sebuah fasiliti AZ (AstraZeneca) dengan fasiliti yang lain,” katanya dalam persidangan media bersama berhubung perkembangan PICK dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di sini pada Isnin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata beliau juga akan berbincang dengan duta EU ke Malaysia bagi mendapatkan maklumat lebih jelas berhubung dasar imigresen sebenar EU yang berkaitan dengan vaksinasi.

Beliau berkata semua negara seharusnya membenarkan kemasukan pelawat yang telah menerima suntikan vaksin yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Ia (kebenaran itu) akan menjadi keputusan yang paling adil berhubung pengiktirafan vaksin kepada pelawat. Asal sahaja vaksin itu telah disenaraikan oleh WHO, sesebuah negara itu perlu menerima kehadiran pelawat yang telah disuntik dengan vaksin berkenaan.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: