Gaya Hidup

Para pengguna dilindungi dari kes penipuan durian dengan Durian e-Fiesta dan Jaminan Shopee

KUALA LUMPUR – Dengan para penjual durian membawa jualan mereka ke atas talian sebagai persediaan untuk kemuncak musim durian pada pertengahan bulan Julai, kes penipuan atau scam yang melibatkan Raja Buah ini telah mula muncul. Sebagai maklumbalas kepada hal ini, Shopee berkata bahawa rakyat Malaysia yang membeli dari platform mereka tidak perlu risau kerana platform e-dagang tersebut akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memperkasakan para petani dan penjual durian yang sah
melalui kempen Durian e-Fiesta.

Dalam pada itu, semua transaksi di platform tersebut dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee. Jaminan Shopee (Shopee Guarantee) adalah sebuah polisi yang akan melindungi semua transaksi yang dilakukan di platform tersebut agar para pengguna dilindungi setiap masa.

Polisi ini memastikan bahawa Shopee memegang pembayaran secara escrow sehingga pembeli memastikan barangan yang diterima adalah tulen dan berada dalam keadaan baik sebelum bayaran dilepaskan kepada penjual. Dengan polisi ini, proses pemulangan pembayaran kepada pengguna Shopee dapat dilakukan sepantas 15 minit setelah diluluskan jika bayaran dibuat menggunakan ShopeePay. Ini membolehkan para pengguna membeli-belah di Shopee tanpa rasa bimbang.


Sementara itu, FAMA menyatakan bahawa pihaknya telah bekerjasama dengan Shopee bagi meneruskan Durian e-Fiesta mereka buat tahun kedua dalam proses menormalisasikan penjualan dan pembelian barangan pertanian secara atas talian ekoran penularan pandemik.

Kempen ini akan berlangsung dari 10 hingga 31 Julai dengan baucar diskaun menarik hingga 50%, diskaun RM15 dengan pembelanjaan minimum RM60 serta diskaun RM30 dengan pembelanjaan minimum RM100 yang boleh dituntut menerusi laman mikro eFAMAPLACE.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Abdul Rashid Bahri berkata, “Kami sedang membantu para petani durian untuk mengelak daripada lambakan durian sepanjang kemuncak musim durian ini. Oleh itu, kerjasama dengan Shopee untuk menawarkan baucar yang boleh dituntut dan digunakan akan memanfaatkan para penjual dan juga pengguna. Kami juga telah memastikan pelbagai jenis durian popular boleh didapati seperti Musang King, Udang Merah, XO, D101, durian kampung dan lain-lain.”


Beliau menambah bahawa sebagai salah satu platform e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee merupakan pihak yang paling sesuai untuk merealisasikan impian FAMA dalam membantu usahawan agro makanan dalam pemasaran secara atas talian.


“Berdasarkan rekod kempen-kempen yang diusahakan bersama sebelum ini, kolaborasi antara FAMA dan Shopee mencatatkan peningkatan Pulangan Pelaburan sehingga 8 kali ganda yang secara langsung memanfaatkan para petani dan penjual durian. Suasana ekonomi semasa menjadikan perniagaan atas talian sebagai strategi business survival yang perlu diambil oleh usahawan bimbingan FAMA. Oleh itu, FAMA sentiasa berusaha untuk mentransformasikan kaedah pemasaran para usahawan kami, supaya seiring dengan keperluan dan situasi semasa,” kata Abdul Rashid.


Pada masa yang sama, Kenneth Soh, Pengurus Kanan (Pemasaran), Shopee Malaysia berkata, “Kami berterima kasih kepada FAMA kerana melibatkan kami dalam program mereka dan memberi peluang kepada kami untuk menyokong usaha mereka. Secara bersama, kami telah mendigitalkan 211 penjual durian dan telah membantu dalam persediaan mereka menjelang kempen Durian e-Fiesta. Kami memahami bahawa sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes penipuan berkaitan durian di media sosial. Kami berada di sini untuk memberi jaminan kepada para pengguna agar mereka tidak berasa bimbang kerana semua transaksi di Shopee dilindungi
oleh polisi Jaminan Shopee kami. Oleh itu, kami berharap kempen dan kerjasama bersama FAMA ini dapat membantu mengatasi segala kerisauan anda dan membolehkan anda menikmati durian kegemaran anda tanpa sebarang kebimbangan.”


Penjual-penjual eFAMAPLACE di Shopee akan mengadakan Jualan Kilat Shocking Sale setiap hari dari 4 – 31 Julai, yang akan menyaksikan durian Musang King, D24 dan durian kampung dijual daripada harga serendah RM0.77 pada jam 12 tengah malam setiap hari dalam kuantiti terhad.

Temui laman mikro eFAMAPLACE melalui portal dalam aplikasi Shop Malaysia di Shopee atau layari – https://shopee.com.my/m/efama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: