Terkini

COVID-19: Premis pengeluar Super Ring diarah tutup

KUALA LUMPUR – Saham Oriental Food Industries Holdings Bhd susut selepas syarikat itu mengumumkan penutupan sementara premisnya di Melaka susulan arahan daripada Kementerian Kesihatan.

Oriental Food adalah pengeluar makanan snek dan konfeksi jenama seperti Super Ring, Jacker, Rota serta Oriental.

Saham Oriental Food, yang digantung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi ini, dibuka 0.5 sen atau 0.58 peratus lebih rendah pada 85.5 sen apabila dagangannya dibuka semula.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata ia diarahkan oleh Kementerian Kesihatan supaya menutup premisnya tidak termasuk pejabat, unit penyelenggaraan, logistik dan keselamatan di Taman Perindustrian Air Keroh dari 7 hingga 21 Julai.

“Kami akan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dengan sewajarnya.

“Keselamatan dan kesihatan kakitangan serta komuniti tempatan adalah keutamaan tertinggi kami ke arah membendung situasi semasa selain melandaikan keluk COVID-19,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: