Terkini

337,478 dos suntikan vaksin Covid-19 di diberi pada Jumaat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 337,478 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara meningkat kepada 10,750,748 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,396 adalah dos pertama manakala 124,082 adalah dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 92,400 orang, disusuli Sarawak (65,967), Kuala Lumpur (52,891), Perak (25,877) dan Negeri Sembilan (21,057).

Dr Adham berkata, sehingga Jumaat juga jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,435,877 dan dos kedua 3,314,871.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: