Terkini

85 hektar pokok durian Musang King dimusnahkan

RAUB – Lebih 85 hektar kawasan ladang durian Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam, di sini sudah ditebang dalam tempoh seminggu Operasi Pamah diadakan.

Keseluruhan kawasan ceroboh berkenaan seluas lebih 101 hektar dan kini hanya sebahagian kecil sahaja lagi yang belum dimusnahkan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad, berkata kehadiran lebih ramai penebang terdiri daripada kakitangan JPNP di setiap daerah di negeri ini melancarkan kerja memusnahkan pokok durian.

Katanya, hampir 100 kakitangan JPNP yang menyertai Operasi Pamah dan mereka dibantu anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) yang menjalankan kerja menebang secara berterusan menggunakan mesin gergaji berantai.

Katanya, aktiviti menebang sebenarnya dilakukan hanya dalam masa lima hari sahaja kerana tindakan provokasi selain jambatan yang dirosakkan menyebabkan kerja menebang tergendala.

“Aktiviti menebang mula berjalan lancar pada Selasa lalu, terutama selepas kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertanggungjawab mengawal dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam termasuk mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan masuk ke hutan simpan berkenaan.

“Faktor hujan pada sebelah petang selain angin kencang turut menjejaskan kelancaran aktiviti menebang yang jadual asal mengambil masa sebulan untuk disiapkan,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, aktiviti menebang pokok durian Musang King dijangka siap sepenuhnya minggu depan terutama apabila semua jadual bertugas berjalan lancar mengikut apa yang dirancang.

Nor Azirim berkata, selepas aktiviti menebang selesai sepenuhnya kerja menanam pokok hutan akan dilakukan segera.

Beberapa spesies pokok hutan sudah dikenal pasti untuk penanaman semula antaranya meranti temak nipis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: