Politik

‘Jangan benarkan orang lain buka pintu belakang lagi’ – Najib

KUALA LUMPUR – ‘Jangan benarkan orang lain buka pintu belakang lagi’ itu adalah pesanan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri, hari ini.

Beliau dalam hantaran di media sosialnya turut mengucapkan selamat bertugas kepada Ismail Sabri.

“Hari ini first day Ismail Sabri Yaakob menjawat secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selamat bertugas,” katanya.

Hari ini, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pelantikan ini akan dapat membantu Muhyiddin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan serta ekonomi pada masa ini.

Turut dilantik, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang akan mengetuai Kluster Keselamatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: