Terkini

Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin

KUALA LUMPUR – Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di kawasan pantai di beberapa negeri utara Semenanjung hingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan lewat malam tadi memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan Selat Melaka Utara dalam tempoh tersebut dan ia boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: