Politik

Kami utamakan rakyat, bukan dahagakan kuasa – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah demi kesejahteraan rakyat.

“Justeru tidak benar sama sekali apa yang diputuskan UMNO semalam kerana dahagskan kuasa,

“Jika dahagakan kuasa bukan begitu sifatnya. Lebih baik bergayut kepada kuasa sedia ada,” kata Zahid dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam akaun media sosial rasmi beliau.

Beliau menambah, UMNO tidak mahu menjadi ‘pak sanggup’ untuk menanggung kegagalan kerajaan Perikatan Nasional.

“UMNO perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan negara walaupun terpaksa menongkah arus,” ujarnya.

Presiden UMNO menambah, parti tersebut terus bersuara kepada kerajaan berhubung keadaan rakyat semasa menghadapi COVID-19.

“Apakah UMNO tidak tahu semua ini? UMNO mengerti semua ini. Natijah ekonomi negara terus merundum. Ramai hilang mata pencarian atau pekerjaan,

“Sebilangan besar rakyat hidup sengsara dalam tekanan maha dasyat tidak pernah terjangka.

Sehingga ada membunuh diri, mengangkat bendera putih mengharapkan bantuan makanan,

“Apakah UMNO tidak tahu semua ini? UMNO memahami semua ini. Adakah UMNO harus berpeluk tubuh? Memejamkan mata disebabkan kepentingan tertentu? Tidak. UMNO wujud untuk rakyat. Maka UMNO bersuara dan terus bersuara tetapi kurang dilayan,

“Malah dituduh kuat merungut, bercakap seperti pembangkang, agenda peribadi Presiden UMNO.

UMNO dituduh main politik, sedangkan mereka kekurangan “political will” menyelamatkan rakyat,” jelas Zahid Hamidi.

Semalam, Presiden UMNO telah mengumumkan penarikan balik terhadap Perdana Menteri dalam satu sidang media yang disiarkan secara maya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: