Terkini

Hanya PUSPAKOM Sungai Besar beroperasi di Selangor

KUALA LUMPUR – Hanya PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) Sungai Besar sahaja yang beroperasi di Selangor, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),

PUSPAKOM dalam kenyataan berkata, semua Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM yang lain di Selangor termasuk Perkhidmatan Bergerak di Lembah Klang tidak beroperasi sehingga Jumaat ini.

Di Negeri Sembilan pula, katanya, PUSPAKOM Seremban tidak beroperasi sehingga 22 Julai ini.

“Bayaran bagi pelanggan yang sudah membuat janji temu di cawangan PUSPAKOM tidak beroperasi, akan dikembalikan secara automatik.

“Bagaimanapun semua Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara termasuk Perkhidmatan Bergerak yang tidak berada dalam kawasan PKPD, masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

Kenyataan itu berkata, bagi pusat pemeriksaan yang beroperasi, hanya pelanggan yang mempunyai janji temu sahaja dibenarkan untuk pemeriksaan mengikut tarikh, masa dan tempat yang dipilih.

Katanya, tiada perkhidmatan memeriksa akan diberikan kepada pelanggan ‘walk-in’.

“Pelanggan yang hadir pemeriksaan disarankan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan memastikan mengimbas kod MySejahtera sebelum masuk ke premis PUSPAKOM.

“PUSPAKOM berhak melarang masuk mana-mana pelanggan yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau juga berkata, perubahan mengenai operasi PUSPAKOM sama ada beroperasi semula atau penutupan dilanjutkan adalah berdasarkan pengumuman terkini kerajaan.

Orang ramai boleh mengikuti lama sosial Facebook PUSPAKOM atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi PUSPAKOM dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: