Luar Negara

Anggota APEC bertemu Jumaat ini bincang krisis COVID-19

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern hari ini mengumumkan pertemuan maya pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) minggu ini bagi membincangkan tindak balas wilayah itu terhadap krisis pandemik COVID-19 dan kesannya ke atas ekonomi.

Ardern dijadualkan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak APEC tahunan secara maya November ini tetapi memanggil pemimpin untuk bertemu secara tidak rasmi Jumaat ini dalam usaha mengenal pasti langkah segera mengatasi krisis pandemik.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah APEC, pemimpin mengadakan pertemuan tambahan di peringkat pemimpin dan ini mencerminkan hasrat kita untuk bersama-sama keluar daripada krisis pandemik COVID-19 dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan yang menyifatkan ekonomi APEC terjejas teruk dengan 81 juta hilang pekerjaan.

APEC yang menyatukan negara Lingkungan Pasifik merangkumi Amerika Syarikat hingga Papua New Guinea secara kolektif menyumbang kira-kira 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar global.

Sebagai negara tuan rumah untuk Sidang Kemuncak 2021, New Zealand sudah membayangkan hasrat negara itu untuk mempercepatkan perdagangan vaksin COVID-19 dan peralatan perubatan di seluruh wilayah.

Ardern berkata pertemuan Jumaat ini akan meneliti isu-isu seperti program vaksinasi dan pendekatan perlu diambil kerajaan negara anggota dalam melindungi pekerjaan dan ekonomi.

“Saya akan menganjurkan perbincangan mengenai langkah segera bagi mencapai tindakan lebih koordinasi untuk membantu pemulihan, dan langkah yang akan menyokong pertumbuhan inklusif dan mapan untuk jangka panjang.

“Pemimpin APEC akan bekerjasama untuk menangani krisis pandemik kerana tidak ada yang selamat sehingga semua orang selamat,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: