Terkini

‘Hanya sukarelawan lengkap vaksin dibenarkan bertugas’

PUTRAJAYA – Semua petugas sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor perlu lengkap dua dos suntikan vaksin sebelum memulakan tugasan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata situasi ratusan petugas dan sukarelawan yang positif di PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, adalah amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, syarat utama bagi petugas dan sukarelawan di PPV hendaklah sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

“Namun dalam perkara ini kita dapati, terdapat sebahagian tidak divaksin tetapi bertugas di PPV.

“Kita kesal dengan perkara ini dan kita mahu pastikan setiap kali mana-mana PPV akan dibuka, semua petugas, sukarelawan sudah lengkap divaksin,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, masyarakat tidak perlu gusar kerana ia sudah diatasi sepenuhnya.

“Saya nasihatkan mana-mana yang menghadiri IDCC pada (tarikh berkenaan) dan mempunyai tanda-tanda COVID-19, hendaklah tampil melakukan saringan dan melaksanakan kuarantin di rumah,” katanya.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini mengesahkan seramai 204 daripada 453 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dijangkiti wabak itu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata keputusan ujian semua terbabit juga mendapati nilai kitaran ambang lebih daripada 35, justeru mereka mempunyai beban virus (virus load) yang rendah.

Beliau berkata, sebaik saja pihaknya mengetahui dua sukarelawan di PPV terbabit didapati positif COVID-19 pada 9 Julai lalu, beliau segera mengarahkan ujian COVID-19 beramai-ramai dilaksanakan terhadap petugas di PPV IDCC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: