Terkini

Polis siasat dakwaan penambahan slot janji temu vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis berkenaan isu penambahan slot janji temu vaksinasi Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, laporan itu dibuat oleh seorang petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, berdasarkan laporan polis yang diterima, pengadu mendakwa wujud lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam sistem MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada PPV berkenaan.

“Siasatan masih di peringkat awal dan polis sedang dalam tindakan untuk mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi yang berkaitan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, selaras dengan usaha untuk memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjaya direalisasikan, orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada pihak kerajaan.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk mensabotaj program yang sedang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu mahu pun sebaliknya.

“Polis juga menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu ini.

“Tindakan tegas sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang ingkar,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: