Terkini

Kes positif di WP dijangka menurun

KUALA LUMPUR: Kes positif COVID-19 di Wilayah Persekutuan dijangka menurun minggu depan dengan pencapaian peratusan suntikan vaksin tinggi penduduk ibu kota.

Pengerusi Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP), Tan Sri Annuar Musa, berkata sehingga kini keadaan di Wilayah Persekutuan terkawal dan tiada petanda luar biasa mengenai jangkitan itu.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, majoriti kes di Wilayah Persekutuan iaitu 52 peratus disebabkan kontak rapat positif apabila pesakit gagal mematuhi peraturan kuarantin dalam rumah sendiri selain jangkitan di tempat awam dan pejabat.

“Berikutan kes positif COVID-19 yang begitu tinggi di Selangor seperti dilaporkan, saya mengarahkan Pusat CCMC-WP memperincikan kes di Wilayah Persekutuan supaya langkah lebih tepat dan berkesan dapat diambil.


“Selain disebabkan kontak rapat positif, 18.5 peratus pula iaitu hampir 300 kes positif COVID-19 membabitkan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang secara umumnya mula bertambah baik.

“Majoriti kes positif di PKPD dan kontak rapat isi rumah dikuarantin di rumah menyebabkan penularan kepada ahli keluarga.

“Manakala 24 peratus lagi adalah kes sporadik dalam kalangan komuniti yang tidak diketahui punca jangkitannya namun berkemungkinan didorong oleh transmisi daripada varian Delta yang lebih mudah berjangkit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Selangor kekal menjadi penyumbang tertinggi kes COVID-19 dengan 5,263 kes daripada keseluruhan 11,079 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,521 kes.

Antara faktor lain menyumbang kes di Kuala Lumpur ialah 1.5 peratus di tapak binaan membabitkan tiga kluster dan 1 peratus kes import.

Annuar berkata, CCMC-WP akan memantau situasi berkenaan termasuk melaksanakan langkah tertentu, terutama berkaitan peraturan kuarantin di rumah sendiri yang dirasakan tidak sesuai diteruskan.

Beliau berkata, CCMC-WP juga akan mengambil tindakan menutup tapak bina yang terdapat kes positif.

“Majikan dan warga Kuala Lumpur hendaklah menyegerakan proses vaksin selaras dengan dasar dan matlamat mencapai 80 peratus menjelang Ogos bagi Kuala Lumpur,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: