Politik

Azmin, Mukhriz antara calon Perdana Menteri – Tun M

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa terdapat sekurangnya-kurangnya empat atau lebih yang berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Katanya, antara calon yang disebut oleh orang ramai adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ada tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih. Ramai yang melihat saya mesra kepada Azmin, dia salah satu calonnya. Saya juga rasa ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.

“Mereka berada di luar daripada kumpulan ahli politik dan orang baharu. Mereka yang tunjuk minat dalam politik dan saya tidak boleh namakan kerana tidak adil buat mereka.

“Ada juga menamakan Mukhriz iaitu anak saya. Tetapi saya tidak percaya dengan memilih seorang dan mereka kena bersaing untuk mendapat jawatan ini. Apa pun pemimpin Pejuang perlu bekerja keras,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah program bertajuk ‘What’s Going On Malaysia’ yang dikendalikan oleh pelawak, Harith Iskander pada malam Rabu.

Menjawab persoalan untuk beliau menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak mungkin akan berlaku disebabkan umurnya yang telah mencecah 96 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: