Terkini

Perak larang ziarah kubur, takbir rumah ke rumah sempena Aidiladha

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak membenarkan sebarang aktiviti menziarahi kubur sempena Hari Raya Aidiladha.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, selain itu laungan takbir pada Hari Raya Aidiladha dari rumah ke rumah juga tidak dibenarkan untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, laungan takbir hanya dibenarkan di masjid dan surau serta lokasi yang dibenarkan untuk mengadakan solat berjemaah di dalam tempoh pelaksanaan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

“Laungan takbir sempena Hari Raya Aidiladha ini hanya dibenarkan dilaungkan di masjid atau surau termasuk surau-surau di kem tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, universiti, politeknik, maktab, sekolah, syarikat dan kilang.

“Sehubungan itu, semua pengerusi jawatankuasa kariah masjid dan surau di Perak diminta membuat hebahan dan makluman kepada ahli kariah masing-masing,” katanya menerusi surut pekeliling mengenai laungan takbir dan ziarah kubur sempena Hari Raya Aidiladha yang dimuat naik di dalam Facebook Jabatan Agama Islam Perak pada Rabu.

Pada 7 Julai lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan kepada umat Islam di negeri ini mengadakan solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha mengikut keluasan masjid dan surau.

Baginda juga turut membenarkan untuk solat sunat Aidiladha diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan-kawasan perumahan dengan memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Hari Raya Aidiladha kepada balai polis atau pondok polis terdekat.

Solat fardu dan sunat Aidiladha dibenarkan kepada jemaah lelaki dan wanita warga Malaysia berusia 12 tahun ke atas sementara solat Jumaat dan solat jenazah untuk jemaah lelaki sahaja.

Sementara itu, ibadah korban juga dibenarkan untuk diadakan di masjid, surau serta rumah sembelihan terpilih dengan syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ketat.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: