KUALA LUMPUR – Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan sektor perniagaan diumum selepas Hari Raya Aidiladha.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara berkenaan akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu ini.
Mesyuarat MPN akan mengambil kira kriteria kelonggaran yang akan diberikan kepada kumpulan tersebut termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.