KUALA LUMPUR— Seramai 100 penduduk yang terkesan pandemik Covid-19 di PPR Kampung Muhibbah bantuan berupa ayam segar, ketupat segera dan pek makanan. Selain itu, pemberian wang tunai juga turut dihulurkan.

Sumbangan itu dijayakan oleh Yayasan Ihsan Rakyat bagi menyambut Aildiladha tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rozzana Rahmat berkata usaha infaq itu sebagai tanggung jawab kemasyarakatan berikutan ramai terjejas pada masa kini.

“Yayasan Ihsan Rakyat sentiasa komited bekerjasama dengan NGO yang aktif bergerak bagi menjayakan sesuatu program bantuan kepada masyarakat.

“Saya sebagai penyumbang tidak mengira latar belakang kaum, agama dan bangsa.

“Kami berasa bersyukur jika dapat menyampaikan infaq kami,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan di Bukit Jalil pada Ahad.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading