Terkini

Caprice batal IG live malam ini

KUALA LUMPUR – Penyanyi Caprice membatalkan hasrat muncul dalam sesi Instagram (IG) Live, malam ini bagi memberi penjelasan berhubung kontroversi misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 32, mendakwa keputusan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

“Minta maaf semua… Ada orang sudah buat laporan polis.

“Caprice tak dapat buat live jam 10 malam ini. Insya-Allah, kebenaran akan terbukti dengan sendiri,” dakwanya di IG Story, sebentar tadi.

Caprice turut menampilkan salinan siaran media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan Caprice mempersoalkan tindakan Ustaz Ebit Lew pada misi kemanusiaan di Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Melalui entri susulan yang dikongsi beberapa minit kemudian, Caprice yang meluahkan rasa kecewa, mendakwa wujud salah guna kuasa dalam situasi yang berlaku ketika ini.

“Caprice sudah penat. Caprice sudah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi. Tapi, kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain.

“Ini adalah kali kedua benda macam ini berlaku tahun ini. Saya sudah cukup penat dan serah semua kepada Allah,” dakwanya.

Caprice mengaku mahu melupakan pengalaman pahit yang dilaluinya itu.

“Saya memilih untuk teruskan kehidupan demi kebaikan diri sendiri. Saya sebenarnya masih belum pulih dengan pengalaman pahit ini.

“Tetapi Insya-Allah, suatu hari nanti, saya pasti beroleh ketenangan daripada aspek fizikal dan mental,” katanya.

Petang tadi, Ebit Lew membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan dan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya berhubung misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza, baru-baru ini.

Ebit bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sebelum menyatakan akan memperjelaskan isu berkenaan esok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: