Terkini

‘Saya difitnah’ – Ebit Lew

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis telah dibuat oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkenaan isu tular terhadap misi kemanusiaannya di Gaza.

Menjawab kepada media, beliau pada awalnya tidak mahu memanjangkan isu namun setelah melihat perkara ini yang tidak berkesudahan, memaksanya untuk mengambil tindakan.

“Apa yang berlaku ini bukan sahaja melibatkan saya malahan melibatkan isteri, anak dan juga arwah ayah saya yang meninggal dunia,” demikian luahnya.

Ebit Lew berkata pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya mengakibatkan ia memberi kesan bukan sahaja terhadap diri malah keluarga.

“Lama saya diamkan diri, tak nak bercakap apa-apa, namun, bila isteri saya menangis, anak saya menangis, tanya saya macam saya ada buat kesalahan besar, jadi saya tampil buat laporan polis.

“Saya mahu nafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya, itu fitnah dan tidak berasas, memang tiada, wallahi,” katanya di hadapan pekarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Rabu.

“Saya serahkan kes ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya sama ada untuk saman malu atau sebagainya.

“Selagi pegawai penyiasat belum rakam percakapan, saya tak boleh bercakap lebih hari ini,” katanya.

Menurutnya, beliau langsung tidak membuka mana-mana tabung untuk orang ramai menderma ketika melaksanakan misi di Gaza.

“Saya pergi dengan duit sendiri dan tak buka satu tabung pun untuk Gaza, saya mahu henti tapi malangnya saya lihat tuduhan masih lagi tak berhenti.

“Saya sedih, saya kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan ini,” katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Laporan polis dibuat jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap anak guam saya.

“Tuduhan sivil akan dimulakan terhadap pihak yang mengulangi fitnah terhadap anak guam saya,” katanya.

Tular di media sosial sebelum ini isu antara Ebit Lew dengan penyanyi rap, Caprice.

Caprice sebelum ini menyatakan ingin membuat pendedahan mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin.

Masa sama, dakwaan seorang individu yang mendakwa Ebit Lew menggunakan khidmat sebuah syarikat bagi memasuki Gaza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: