Terkini

100,000 kit ujian kendiri Covid-19 akan diagihkan seluruh Johor – TMJ

JOHOR BAHRU – Johor telah menerima sebanyak 100,000 kit ujian kendiri antigen Covid-19 yang akan diagihkan ke seluruh negeri.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi baginda pada Isnin bertitah, kit ujian kendiri itu dapat meningkatkan kapasiti saringan supaya pengesanan jangkitan Covid-19 lebih efektif dapat dijalankan sekali gus mengesan kes positif.

“Kita perlu meningkatkan lagi ‘Test, Trace and Vaccinate’ jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin,” titah baginda.

Tunku Ismail bertitah, kit ujian kendiri itu juga akan membantu dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 selain mengenal pasti lokasi-lokasi hotspot.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: