Politik

Pembangkang desak KPN, Peguam Negara tampil isu Ordinan Darurat batal

KUALA LUMPUR – Pihak pembangkang mendesak Ketua Polis Negara atau Peguam Negara tampil memberi jawapan mengenai peraturan yang berkuat kuasa sekarang susulan pembatalan semua Ordinan Darurat.

Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, Ketua Polis Negara atau Peguam Negara perlu memberi jawapan sama ada surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan polis masih perlu digunakan ketika ini atau sebaliknya.

“Saya nak sentuh isu Ordinan Darurat yang kata dah dibatalkan pada 21 Julai lalu. Ekoran itu, kami ahli Parlimen terima soalan yang tidak henti-henti daripada rakyat.

“Selain soalan lazim sama ada pihak polis masih boleh keluarkan kompaun bagi pelanggar prosedur operasi standard (SOP) sejak 21 Julai dan yang terima kompaun selepas tarikh itu perlu bayar atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar pada sidang khas Dewan Rakyat pada Selasa.

Mengulas lanjut, Lip Eng berkata, ahli Parlimen juga menerima soalan sama ada sekarang rakyat boleh merentas daerah atau negeri.

“Kita juga nak tahu sama ada surat MITI masih diperlukan untuk berniaga dan sama ada pusat beli-belah boleh dibuka atau tidak.

“Pagi ini kami cuba tanya di Parlimen tapi menteri cakap nak jawab Isnin ini,” katanya.

Tegasnya, semua rakyat memerlukan jawapan segera tentang perkara yang diwajibkan dan apa yang tidak diwajibkan susulan pembatalan ordinan terbabit.

Kerajaan pada Isnin memutuskan tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua enam Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: