Terkini

Tanpa Proklamasi Darurat, pencegahan Covid-19 boleh guna Akta 342

KUALA LUMPUR – Usaha mengekang penularan Covid-19 di negara ini boleh terus dilakukan dengan menggunakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), tanpa adanya Proklamasi Darurat, demikian menurut beberapa pakar undang-undang dan perlembagaan.

Peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Akta 342 telah digunakan sejak 18 Mac tahun lepas dan boleh terus digunakan sehingga usaha memerangi Covid-19 di negara ini selesai.

“Jika darurat batal atau pun tamat, maka Akta 342 yang merupakan Akta Parlimen tahun 1988 masih berkuat kuasa dan boleh terus digunakan seperti mana sedang digunakan selama-lamanya, sehinggalah Covid-19 selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Katanya, semua siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan dan segala kompaun yang dikeluarkan adalah sah kerana ia dibuat di bawah Akta 342 dan bukannya Ordinan Darurat.

“Ramai yang keliru mengenai hal ini. Sebenarnya tiada isu mengenai kompaun yang telah dibayar, belum dibayar dan akan dibayar sebab itu di bawah Akta 342… Jadi tida ada isu mengenai usaha membendung Covid-19, PKP, kompaun dan sebagainya,” katanya mengulas keputusan kerajaan berhubung Proklamasi Darurat dan pembatalan enam Ordinan Darurat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini berkata kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat pada 1 Ogos.

Berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan turut memutuskan untuk membatalkan enam ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat, berkuat kuasa 21 Julai lepas.

Bagaimanapun, Mohamed Haniff Khatri berpandangan proses penamatan yang dibuat melalui pengumuman di Dewan Rakyat adalah salah dari segi perlembagaan kerana penamatan hanya boleh dibuat melalui dua cara iaitu oleh pihak yang memberikan Proklamasi Darurat iaitu Yang di-Pertuan Agong atau usul pembatalan dibentangkan di Dewan Rakyat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: