Bisnes

EventX raih US$10 juta jalin kerjasama strategik bersama HTC VIVE bagi perbaharui pengalaman majlis maya

KUALA Lumpur – EventX, syarikat perusahaan pengurusan acara maya yang berpusat di Asia, telah memeterai pendanaan siri B sebanyak US$10 juta yang diterajui bersama oleh HTC, syarikat Realiti Maya terkemuka dan Gaocheng Capital, sebuah dana ekuitiswasta ternama berpusat di China yang memfokuskan perusahaan perisian dan pembolehan teknologi bagi sektor perkhidmatan.

Keupayaan unik EventX, merangkumi sokongan untuk acara dalam negara dan rentas sempadan dengan Tanah Besar China, telah berjaya memperoleh kontrak syarikat daripada ratusan pemain industri acara terbesar dunia
dan jenama seperti Alibaba, PwC, GL Events, Informa, Reed Exhibition, Yahoo, jabatan-jabatan kerajaan, dan universiti-universiti.


EventX merupakan platform acara maya yang utama di Asia terutama acara-acara yang melibatkan peserta dari Tanah Besar China di mana rekaan uniknya membolehkan perkhidmatan acara tanpa sempadan. Sementara itu, HTC VIVE telah mendapat perhatian dan pengiktirafan atas kejayaan dalam penyelidikan dan pembangunan VR. Dengan menggabungkan pengetahuan daripada dua digital trailblazers yang dihormati, pelbagai pengalaman unik akan dikembangkan menerusi kerjasama strategik ini. Kedua-dua penubuhan kerjasama strategik ini dan iltizam tinggi pelaburnya dapat dilihat menerusi prestasi tahunan yang luar biasa oleh EventX – di mana pertumbuhan Tahun ke Tahun syarikat telah melonjak naik lebih dari 800% – dan lebih daripada 5 juta peserta yang berpuas hati dalam lebih daripada 20,000 acara atas talian, hibrid dan luar talian selama beberapa tahun.


Jing Hong, rakan pengasas Gaocheng Capital berkata, “Gaocheng komited dalam menyokong generasi pelapis SaaS dan membawa mereka ke suatu tahap pertumbuhan baru. Kami amat kagum dengan tawaran produk inovatif EventX, bahagian pengurusan yang berbakat dan pertumbuhan yang sangat memberansangkan. Oleh kerana pandemik ini akan terus mengancam acara pameran dan pameran perdagangan secara fizikal, EventX dalam talian dan teknologi maya ini mempunyai keunikan tersendiri dalam membantu perniagaan pada skala yang berbeza dalam menarik pelanggan dan mengembangkan jaringan ke China dan seluruh dunia “

Pandemik Covid-19 telah mengurangkan aktiviti perjalanan secara drastik dan di mana ramai menghabiskan masa di kawasan sesak, merugikan industri acara secara menyeluruh, keseluruhan, yang dianggarkan bernilai lebih $1 trillion setahun sebelum Covid. Pandemik ini turut mengubah kategori acara profesional secara kekal. Ia juga menarik perhatian modal teroka untuk melaburkan modal yang besar ke ruang perisian acara maya. Syarikat yang serupa di UK, Hopin telah meningkatkan nilai $565 juta kepada USD5.65 bilion hanya dalam masa dua tahun, menjadikan ia syarikat pemula yang paling cepat berkembang di Eropah dalam sejarah.


EventX semakin meningkat naik di ruang acara maya yang memfokuskan rantau Asia. Dengan keupayaan aksesibiliti unik dengan China dan bersama HTC VIVE, mereka akan dapat menggunakan VR dan mencari prospek teknologi ke dalam keupayaan teras produk acara SaaS bagi memastikan ianya dapat diakses dan
mencipta semula pengalaman acara maya. Percubaan sulung dalam menambah VR dan mencari prospek
teknologi ke dalam keupayaan teras, mereka melancarkan platform acara maya ringan dan membuka segmen-segmen seperti NGO, PKS dan syarikat pemula untuk mendaftar dan menganjurkan acara maya secara percuma di sini (https://bit.ly/earlyeventx).


Joseph Lin, President VIVEPORT berkata, “VR mempunyai potensi untuk mengubah dunia. Di HTC VIVE, kami berusaha gigih untuk mencipta alat untuk mempercepatkan peralihan VR bukan sahaja menggunakan peranti VR tetapi juga komputer, tablet dan telefon pintar – untuk berinteraksi secara berkesan. Usahasama strategik bersama EventX menzahirkan usaha berterusan HTC VIVE dalam menyediakan perusahaan dan pengguna dengan kemudahan untuk bertemu, bersosial dan belajar dalam VR. Kebarangkalian besar dan semangat jitu dapat dilihat dalam perkongsian ini dalam menyatukan masyarakat tanpa batas geografi.”


Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif EventX Sum Wong mengulas mengenai kerjasama strategik berkata,” Tidak dapat dinafikan lagi ruang kerja dan acara maya telah menjadi norma baharu. Kerjasama ini akan menghasilkan tahap integrasi yang mendalam antara kepakaran kami dan karya inovatif HTC VIVE dalam ruang VR. Usahasama ini membolehkan EventX membawa pengalaman acara maya dan hibrid ke tahap interaktiviti baru. Sebagai salah sebuah peneraju dalam industri, EventX akan terus meneroka kemungkinan baru di dalam teknologi acara, mempopularkan aplikasi dan mencipta keperluan pengguna.”


Selepas pengumpulan dana, EventX akan terus melabur secara agresif dalam produk-produk dan kejuruteraan bagi menerajui pemulihan semula industri acara semasa pandemik, yang bukan hanya akan menstabilkan dan memantapkan perkhidmatan acara maya sedia ada malah membuka lebih banyak ruang dan peluang baru bagi industri acara dan pemasaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: