Terkini

Ahli Dewan Negara serah memorandum mohon persidangan diteruskan

KUALA LUMPUR – Seramai 11 Ahli Dewan Negara hadir ke Parlimen pada Selasa untuk menghantar satu memorandum kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim bagi memohon persidangan Dewan Negara diteruskan.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ahli Dewan Negara, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff kepada Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah di pekarangan laluan masuk ke bangunan Parlimen.

Yusmadi berkata, kesemua mereka hadir bagi menyatakan kekesalan apabila persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bersidang pada 3 hingga 5 Ogos ditangguhkan dengan notis yang pendek dan didakwa tidak mengikut peraturan mesyuarat Dewan Negara.

Menurutnya, Dewan Negara juga didakwa sebagai tempat selamat untuk bersidang justeru ia tidak wajar ditangguhkan.

“Kami juga dimaklumkan bahawa hampir semua ahli Parlimen termasuk Ahli Dewan Negara dan kakitangan telah menerima dua dos vaksin yang melayakkan ‘herd immunity’ dicapai di kawasan parlimen. Berdasarkan fakta tersebut kami berpendapat Dewan Negara selamat untuk bersidang.

“Pihak kami juga menyatakan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang membelakangi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.

“Kami percaya Dewan Negara yang berfungsi sebagai semak dan imbang proses legislatif di negara ini perlu bebas daripada cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi parlimen dan raja berperlembagaan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika sidang akhbar selepas penyerahan memorandum berkenaan.

Memorandum tersebut ditandatangani bersama 15 lagi Ahli Dewan Negara iaitu Senator Raj Munni Sabu, Senator Datuk Theodore Doughlas, Senator Datuk Ismail Yusof, Senator Datuk Husam Musa, Senator Yaakob Sapari, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin, Senator Mohd Imran Abdul Hamid dan Senator Dr Ahmad Azam Hamzah.

Muhyiddin adakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Sabah
Turut terlibat, Senator Lim Hui Ying, Senator Nga Hock Cheh, Senator Alan Ling Sie Kiong, Senator Adrian Banie Lasimbang, Senator Kesavadas Achyuthan Nair dan Senator Suresh Singh.

Sementara itu, Senator Raj Munni yang juga Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berkata, tindakan mereka bertegas mahu persidangan Dewan Rakyat diteruskan bagi mempertahankan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Lebih penting, mereka tidak sepatutnya terikat dengan Dewan Rakyat yang telah ditangguhkan kerana Dewan Negara mempunyai komposisi ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang juga mewakili kepentingan minoriti penduduk di negara ini.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai ditangguhkan untuk tempoh dua minggu bermula dari 29 Julai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, saranan tersebut dibuat setelah mengambil kira hasil penilaian risiko semasa dan bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19 daripada berlaku di Parlimen.

Dr Noor Hisham berkata, hasil saringan pra-persidangan Dewan Negara ke atas 100 individu menggunakan ujian RT-PCR pada Sabtu mendapati sembilan kes positif Covid-19.

Pada Isnin pula, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak empat sampel kes positif Covid-19 hasil saringan di Parlimen berkemungkinan besar varian Delta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: