Kuala Lumpur – Beberapa orang menteri dan kenamaan dilihat keluar dari kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak jam 10.40 malam tadi.

Antara menteri yang dilihat adalah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.

Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga dilihat keluar dari kediaman Perdana Menteri jam 10.45 malam tadi.

Melalui sumber dipercayai, pertemuan ini merupakan mesyuarat berkenaan isu terkini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading