Hiburan

Pelawak terkenal ditahan bantu kes pemerdagangan manusia

KUALA PILAH – Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.

Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

Menurut laporan Sinar Harian, turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: