Politik

UMNO dedah 13 surat akuan ahli Parlimennya tarik sokongan terhadap PM

SHAH ALAM – UMNO mendedahkan surat akuan penarikan balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditandatangani oleh 13 ahli Parlimen parti itu.

Salinan surat akuan yang telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu didedahkan di portal UMNO Online pada Isnin.

Antara ahli Parlimen UMNO yang menandatangani surat akuan tersebut ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Turut menandatangani surat tersebut ialah Datuk Azalina Othman Said (Pengerang), Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) dan Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang).

Pada masa sama, UMNO mengesahkan bahawa parti tersebut telah mengutuskan dua warkah bersama dengan surat akuan berkenaan kepada Seri Paduka Baginda.

Parti itu turut memaklumkan bahawa kedua warkah daripada Ahmad Zahid itu diutuskan kepada Seri Paduka Baginda pada 30 Julai dan 4 Ogos lalu.

Selain daripada 13 ahli Parlimen yang menandatangani surat akuan terbabit, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah merupakan nama yang turut berada dalam senarai ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dalam salinan warkah diutuskan pada 4 Ogos itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: