Terkini

KPDNHEP tumpas sindiket penyelewengan minyak masak subsidi

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan di Pasir Mas, Kelantan pada Ahad.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Shamsul Nizam Khalil berkata, operasi dijalankan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan bersama Pasukan Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor dan Pasukan Gerak Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) Batalion 8.

“Operasi ini dilaksanakan hasil daripada maklumat risikan daripada Seksyen Perisikan KPDNHEP Putrajaya ke atas sebuah premis pemborong dan pembungkus minyak masak di Melaka.

“Risikan dijalankan mengenal pasti sebuah lori yang mencurigakan dan disyaki digunakan sindiket untuk mengangkut minyak masak bagi tujuan menjalankan aktiviti penyelewengan minyak masak ke Kelantan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, hasil siasatan dijalankan mendapati, stor tersebut digunakan sebagai tempat penyimpanan dan transit sebelum pihak sindiket menjalankan aktiviti penyeludupan ke negara jiran.

“Pemeriksaan oleh pasukan serbuan telah menemui 17,000 kilogram minyak masak peket bersubsidi 1 kilogram berada di dalam lori dan sejumlahnya telah dipindahkan ke dalam stor tersebut.

Antara minyak masak bersubsidi yang dirampas dalam serbuan yang dijalankan.
“Turut disita ialah sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut minyak masak dari Melaka ke Kelantan dan beberapa dokumen berkaitan penjualan minyak masak disita untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya modus operandi sindiket itu adalah mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi daripada syarikat pembekal di Melaka dan sekitar Lembah Klang dengan menggunakan lesen daripada syarikat lain.


“Berdasarkan dokumen yang dijumpai, minyak masak ini sepatutnya dihantar ke salah sebuah pemborong di Melaka.

“Namun siasatan dijalankan mendapati ia telah diseleweng dan dibawa masuk ke Kelantan dan dipercayai untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran,” katanya.

Tambahnya, serbuan juga telah menahan dua individu bagi membantu siasatan.

“Dua individu ditahan adalah pemandu dan kelindan lori, mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 9 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: