Luar Negara

Facebook padam ratusan akaun disyaki rekrut ‘influencer’ antivaksin

FACEBOOK memadam ratusan akaun yang didakwa terlibat dalam kempen antivaksin yang dikendalikan Rusia.

Gergasi media sosial itu mendakwa rangkaian akaun itu menyasarkan India, Amerika Latin serta Amerika Syarikat.

Katanya, kempen itu berusaha untuk merekrut individu berpengaruh atau ‘influencer’ untuk menyebarkan berita palsu dengan misi untuk menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap vaksin Covid-19.

Dalam laporan terbaharunya, Facebook mengenal pasti terdapat hubungan antara rangkaian dan kempen itu dengan agensi pemasaran Fazze.

Agensi itu dilaporkan sebahagian daripada syarikat yang berpangkalan di Rusia bernama Adnow.

Lapor BBC melalui penyiasatannya, pada Mei tahun ini, influencer ditawarkan sejumlah wang oleh Fazze untuk menyebarkan dakwaan palsu mengenai risiko yang berkaitan dengan vaksin Pfizer.

Jelas Facebook, ia adalah gelombang kedua percubaan untuk memburukkan vaksin dari Barat.

Pada November, rangkaian yang sama berusaha untuk memburukkan vaksin AstraZeneca dengan mendakwa ia berbahaya kerana menggunakan adenovirus daripada sampel haiwan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: