Politik

Pemimpin pembangkang mesyuarat di Pejabat Anwar malam ini

PETALING JAYA – Beberapa ketua parti dan pemimpin Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat di Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, di sini dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa yang menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan esok.

Menurut sumber, mesyuarat tersebut telah bermula dan beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad turut kelihatan.

“Difahamkan, lebih ramai pemimpin pembangkang akan hadir.

“Turut kelihatan adalah Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu,” katanya.

Pagi tadi, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Publika di Jalan Dutamas, dekat sini selepas desas-desus peletakan jawatan Muhyiddin.

Hotel Royale Chulan pula menjadi tumpuan petang tadi selepas ahli-ahli Parlimen UMNO dikatakan berkumpul bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: