Politik

Muhyiddin pulang ke rumah selepas menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat pulang ke kediamannya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki kediaman peribadinya di Bukit Damansara pada jam 1.09 petang.

Muhyiddin sempat melambai tangannya kepada petugas media yang berkampung di sini daripada jam 6.30 pagi tadi.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa beliau keluar pada jam 1.02 petang selepas memasuki Istana Negara pada jam 12.23 tengah

Beliau dikhabarkan menghadap Seri Paduka Baginda bagi menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: