Politik

Saya mohon maaf atas segala kekurangan – Azmin

Kuala Lumpur – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali berkata masalah ekonomi dan pekerjaan rakyat sentiasa menjadi keutamannya ketika wabak Covid-19 melanda negara.

Kenyataan itu muncul tidak lama selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri.

“Ia sentiasa menjadi hasrat saya untuk menangani masalah ekonomi dan memelihara pekerjaan untuk rakyat.

“Walaupun ekonomi pulih, ramai yang menderita sepanjang wabak global yang kejam ini.

“Saya mohon maaf atas segala kekurangan saya. Suatu penghormatan untuk berkhidmat kepada anda,” katanya dalam ciapan Twitter.

Azmin merupakan bekas timbalan presiden PKR bersama 10 ahli parlimen PKR menarik balik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Feb 2020 sehingga menyebabkan kerajaan persekutuan tumbang.

Susulan daripada itu, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan dengan sokongan Umno, PAS dan GPS yang kemudian membentuk kerajaan baru Perikatan Nasional.

Bagaimanapun kemelut politik terus melanda kerajaan PN dengan kemuncaknya sebahagian ahli parlimen Umno yang diketuai presidennya, Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan hari ini dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri sementara sehingga perdana menteri yang baru dilantik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: