Terkini

Ketua-ketua parti menghadap Agong petang esok

Kuala Lumpur – Semua ketua parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok, dipercayai ada kaitan dengan perbincangan berhubung bakal Perdana Menteri kesembilan.

Menurut sumber yang dipetik dari laporan Utusan Malaysia, perjumpaan dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

“Esok ada perjumpaan di Istana Negara antara ketua-ketua parti dengan Agong. Dua Speaker dijemput,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Namun, Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: