Terkini

Pemimpin parti politik adakan taklimat malam ini

Kuala Lumpur – Beberapa parti politik dijangka mengadakan mesyuarat masing-masing untuk membincangkan langkah lanjut masing-masing selepas pemimpin mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong awal petang tadi.

Seorang sumber memberitahu, Umno kesemua 38 ahli parlimen Umno akan bertemu di ibu pejabat parti terbabit di tengah Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam ini.

“Semua 38 ahli parlimen Umno akan bertemu malam ini,” kata sumber itu.

Sementara itu, sumber DAP juga berkata setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng akan memberikan taklimat secara dalam talian bersama semua ahli parlimen mereka malam ini.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dalam talian pada jam 8.30 malam,” kata salah seorang ahli parlimen DAP melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Di pihak Amanah pula timbalan presiden parti itu, Salahuddin Ayub, memberitahu presiden mereka, Mohamad Sabu, akan memberi taklimatnya kepada 10 ahli parlimen yang lain.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dalam setengah jam lagi,” kata ahli parlimen Pulai itu ketika dihubungi.

Namun, PKR masih belum memutuskan untuk mengadakan pertemuan, kata pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima menghadap pemimpin parti politik di Istana Negara susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri semalam.

Muhyiddin yang kini menjadi perdana menteri sementara berbuat demikian selepas kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen apabila hanya 100 orang yang berada di belakangnya.

Sejurus selepas pertemuan di antara Agong dan pemimpin parti, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata baginda bertitah supaya semua ahli politik untuk bersatu menentang Covid-19 dan menempa “politik baru”. 

Anwar berkata, semua yang hadir juga mempunyai persetujuan untuk menghentikan “politik lama”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: