Politik

Muhyiddin beri sokongan penuh pelantikan Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi menerima kunjungan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri di kediamannya di Bukit Damansara.

PM9 itu tiba pada jam 5.57 petang difahamkan sebagai kunjungan biasa dan berkemungkinan ada sedikit perbincangan turut dilakukan.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman facebook rasmi Muhyiddin turut mengucapkan tahniah diatas pelantikan PM9 itu.

Saya telah menerima kunjungan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di kediaman saya petang tadi.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

Saya mendoakan semoga YAB Dato’ Sri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan.

Dalam kenyataannya itu juga, Muhyiddin turun memuatkan tiga keping gambar pertemuan itu.

Ismail Sabri dilihat keluar dari kediaman Muhyiddin pada jam 7.20 petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: