Kuala Lumpur – Satu kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 5.57 petang tadi.
Dipercayai kedatangan beliau bagi membincangkan mengenai isu yang tular bahawa BERSATU menolak semua jawatan dalam kabinet yang akan diterajui Naib Presiden UMNO itu.
Ismail Sabri dilihat keluar pada jam 7.20 petang dan menunjukkan pertemuan beliau dengan bekas PM itu berjalan selama 1 jam setengah.
Dalam satu kenyataan ringkas oleh Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun menafikan perkara yang tular itu dan menyifatkan ia berniat jahat dan mahu memecah belahkan pimpinan BERSATU.